Free Web space and hosting from freehomepage.com
Search the Web

LATAR BELAKANG






  


LATAR BELAKANG KELUARGA


MD AMIN BIN MD TAFF

Saya dilahirkan pada 26.7.1971 di Muar, Johor dari sebuah keluarga besar yang terdiri dari 3 orang abang dan 4 orang kakak. Bapa saya pernah berkerja dengan Majlis Perbandaran Muar, manakala ibu saya merupakan seorang suri rumah. kami sekeluarga tinggal di Lorong Isnin, sebuah perkampungan Melayu berhampiran dengan Bandar Muar.

Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah kebangsaan Ismail Dua dan Sekolah Menengah Dato' Sri Amar Di Raja, Muar. Pada Disember 1993, saya telah menamatkan Pengajian Bahasa Melayu di Maktab perguruan Sri Pinang dan mula mengajar di Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau. Dari sini, karier saya sebagai pendidik terus berkembang.

Pada tahun 1997, saya telah melanjutkan pelajaran dalam bidang Pendidikan Jasmani di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Setelah itu, saya melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Sukan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.

Pada tahun 2000, saya kembali mengajar di Sekolah Menengah Air Hitam Batu 15, Muar. Selepas itu, saya telah mendapat tawaran berkhidmat di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan telah ditawarkan peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana Pendidikan Luar di University of Otago, New Zealand





KELAYAKAN AKADEMIK DAN PROFESIONAL

KELAYAKAN AKADEMIK

1. Sijil Perguruan Bahasa Melayu (1993)
2. Diploma Perguruan Khas Pendidikan Jasmani (1998)
3. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Sukan (2000)

KELAYAKAN PROFESIONAL
1. Jurulatih Rekreasi Kebangsaan Level 3 (1990)
2. Jurulatih Kanan Persatuan Kenu Johor (1993)
3. Ahli Lembaga Pendidikan Kenu Kebangsaan (1996)
4. Pengadil Kayak Slalom Antarabangsa (ICF) (1999)

PENCAPAIAN PERIBADI
1. Pemenang pingat gangsa acara kayak Sukan Malaysia 1992
2. Memenangi kejohanan kayak kebangsaan bersama Allahyarham Abdul Rahman Maruddin dari 1992 - 1997
3. Mewakili Malaysia ke Kejohanan Kayak Avon Descent, Perth, Australia (1995)
4. Terpilih dalam program televisyen Benson and Hedges Golden Dreams ke Vancouver, Canada (1998)
5. Memenangi kategori Novice Kejohanan Kayak Avon Descent, Australia (1999)





ISTERI TERSAYANG

Pada 26.4.1998, saya telah menikahi seorang gadis dari Kuala Lumpur. Namanya Pazilah Yahaya. Bibit perkenalan kami di kejohanan kayak Lumut-Pangkor Kayak Rally 1992 akhirnya membawa kami ke jinjang pelamin.

Pazilah merupakan seorang atlit kayak dan penggiat rekreasi yang istimewa dari Kuala Lumpur. beliau telah memenangi pelbagai kejohanan sukan air samada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Sebagai seorang bekas kakitangan TMTouch, beliau sentiasa berdedikasi dan bertanggungjawab dalam mengendalikan pelbagai urusan keluarga.


PENCAPAIAN PERIBADI
1. Memenangi pingat perak dan gangsa dalam acara kayak Sukan Malaysia 1992
2. Memenangi pelbagai kejohanan kayak kebangsaan dari 1990 - 1997
3. Memenangi pingat perak dalam Kejohanan Mendayung Universiti ASEAN 1994
4. Mewakili Malaysia ke Kejohanan Kayak Avon Descent, 1994
5. Memenangi pingat gangsa dalam Kejohanan Perahu Naga Dunia di Hong Kong, 1997
6. Terpilih menyertai program televisyen, Benson & Hedges Golden Dreams ke Hong Kong, 1997


Alhamdulillah semenjak perkahwinan kami lima tahun yang lepas, kami telah dianugerahkan Allah pelbagai kejayaan dan pencapaian yang membanggakan terutamanya tiga orang cahaya mata kesayangan kami





CAHAYA MATA KESAYANGAN

NURUL IZZAH

Izzah merupakan puteri sulung kami dan telah dilahirkan pada 17.3.1999 di Pusat perubatan Ibukota, Sentul. Beliau sekarang berusia 4 tahun dan amat petah dalam pertuturan serta sentiasa bertanggungjawab terhadap adik-adiknya.

Minat utama Izzah ialah membaca buku dan melukis. Sekarang, Izzah sedang berusaha sedaya mungkin untuk menguasai bahasa Inggeris. Beliau telah mula bersekolah di Jonathan Rhodes Kindergarten, NEV pada 17.2.2003.

Izzah amat aktif dalam pelbagai aktiviti fizikal serta minat bersosialisasi.



NURUL AIN NADIA

Ain telah dilahirkan pada 28.7.2000 di Hospital Besar Selayang. Ain bertubuh genit, memiliki sepasang mata yang menarik serta berambut lurus. Amat berminat dalam aktiviti seni dan muzik, Ain masih belum lagi menguasai kemahiran bertutur (masih pelat).

Ain sekarang ini sedang belajar di sekolah yang sama dengan Izzah.



MUHAMMAD IMAN
Putera sulung saya ini bernama Muhammad Iman dan telah dilahirkan pada 17.10.2001 di pusat perubatan yang sama sendan Izzah. Bertubuh tegap dan lasak, Iman gemar mencuba pelbagai perkara baru dan kadangkala melucukan. Iman amat rapat dengan kakaknya dan kerap bergurua dengan mereka.



FATHER AND MOTHER I LOVE YOU (F.A.M.I.L.Y.)